GUNUNG BERAPI DI SELATAN JEPUN MELETUS - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 12 October 2017

GUNUNG BERAPI DI SELATAN JEPUN MELETUS

GUNUNG BERAPI DI SELATAN JEPUN MELETUS

GUNUNG Shinmoedake mengeluarkan kepulan debu beberapa ratus meter ke udara dan mencetuskan amaran kepada penduduk tempatan.- Foto Reuters


TOKYO: Gunung Shinmoedake di selatan Jepun meletus buat kali pertama dalam tempoh enam tahun hari ini, mengeluarkan kepulan debu beberapa ratus meter ke udara dan mencetuskan amaran kepada penduduk tempatan.

Penduduk diarah menjauhi kawasan gunung berapi itu selepas ia mula bergelodak jam 5.34 pagi. Agensi Meteorologi Jepun berkata, letupan udara disebabkan letusan gunung berapi itu boleh memecahkan tingkap.

"Kepulan debu mencecah ketinggian 300 meter apabila gunung berapi terbabit meletus," kata seorang pegawai agensi menambah, letusan akan berterusan dan menjadi semakin aktif.

Agensi itu memberi amaran, mendakan debu mungkin tersebar sejauh dua kilometer dari kawah gunung.

Pihak berkuasa menaikkan amaran ke paras tiga, bermaksud penduduk tempatan perlu menjauhi gunung berapi terbabit.

Mereka mengesan 90 gegaran kecil 5 Oktober lalu berhampiran pergunungan itu, dipaparkan dalam filem James Bond 1967, 'You Only Live Twice.'

Pada 27 September 2014, Jepun mengalami letusan terburuk dalam 90 tahun apabila Gunung Ontake di tengah wilayah Nagano meletus secara tiba-tiba. Dianggarkan 63 orang terbunuh dalam gegaran kejutan di puncak yang dipenuhi pendaki pada masa itu. -AFP

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot