EKSPRESI SEMANGAT PATRIOTISME MENERUSI GRAFITI - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday 19 March 2017

EKSPRESI SEMANGAT PATRIOTISME MENERUSI GRAFITI


EKSPRESI SEMANGAT PATRIOTISME MENERUSI GRAFITI

PUTRAJAYA – Lukisan grafiti menjadi pilihan sekumpulan anak muda dalam meluahkan semangat patriotisme kepada negara.

Pendekatan itu diambil oleh 60 anak muda yang menyertai aktiviti Ekspresi Grafiti Negaraku sempena Program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Artis grafiti, Mohd. Zaki Nordin, 31, yang mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun meluahkan rasa patriotiknya menerusi lukisan yang biasa dipandang namun penuh tersirat iaitu lukisan wajah seorang wanita dengan lakaran Jalur Gemilang.

“Bagi saya wajah ini menggambarkan semangat kental rakyat Malaysia meskipun berhadapan pelbagai cabaran namun rasa sayang kepada negara tetap teguh,” katanya kepada Bernama.

Bagi Mohd. Abqari Ahmad Shakri, 27, eskpresinya menerusi lukisan grafiti seorang askar Melayu yang berpakaian corak Jalur Gemilang berjuang ketika zaman penjajahan British adalah cara beliau meluahkan rasa taat setia kepada negara.

“Lakaran grafiti ini menggambarkan perjuangan seorang rakyat Malaysia demi negara tersayang meskipun perlu menumpahkan darahnya sendiri,” katanya.



Aktiviti melukis grafiti bertemakan Ekspresi Negaraku itu turut disertai penuntut kursus Sijil Reka Bentuk Dalaman Kolej Komuniti Selayang, Putri Nor Shahira Aqila Mat Daud, 20.

“Lukisan grafiti yang kami hasilkan ini menunjukkan bumi dihiasi Jalur Gemilang beserta kibaran bendera oleh anak-anak muda yang menggambarkan kami hidup di bumi Malaysia yang bertuah dan kami sangat sayangkan negara kami,” katanya.

Lukisan grafiti mereka merupakan antara 20 lukisan grafiti dipamerkan sempena program Ekspresi Negaraku yang turut memuatkan pelbagai pameran dan aktviti bagi menyampaikan konsep Negaraku secara langsung kepada rakyat.

Program sehari itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas. – BERNAMA.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot