11 PENYELUDUP DITAHAN SEMBUNYI EMAS DALAM DUBUR - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 12 October 2017

11 PENYELUDUP DITAHAN SEMBUNYI EMAS DALAM DUBUR

11 PENYELUDUP DITAHAN SEMBUNYI EMAS DALAM DUBUR



NEW DELHI: Penyeludup emas menggunakan cara terdesak melepasi pemeriksaan kastam, kata pihak berkuasa India selepas 11 orang ditangkap menyembunyikan logam berharga itu dalam dubur mereka.

India adalah pengguna kedua terbesar emas dan penyeludupan meningkat sejak duti dinaikkan untuk logam berharga, bahagian penting festival keagamaan dan perkahwinan.

Pihak berkuasa kastam bertindak atas maklumat Ahad lalu menahan sekumpulan keldai emas licik ketika pesawat dinaiki mereka dari Sri Lanka mendarat di bandar selatan Madurai.

"Seramai 11 penumpang menyembunyikan antara 32 hingga 50 gram emas setiap seorang dalam dubur mereka. Tambahan 17 lain menyembunyikan emas dalam bagasi," kata seorang pegawai kanan Direktorat Perisikan Hasil.

Nilai rampasan itu dianggarkan lebih 30 juta rupee (RM2.11 juta), tambahnya. -AFP

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot