"DERMA BRA TERPAKAI KEPADA 'BANK BRA' NEUBODI" - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday 10 October 2017

"DERMA BRA TERPAKAI KEPADA 'BANK BRA' NEUBODI"

"DERMA BRA TERPAKAI KEPADA 'BANK BRA' NEUBODI"
TIMBALAN Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Shukor Abdullah dan Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Neubodi, Anne Tan bergambar bersama orang ramai pada kempen 'Bra Drive' Sumbang, Sokong dan Kitar Semula di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Nurul Shafina Jemenon


PETALING JAYA: Lebih 80 peratus wanita di negara ini, mengakui memiliki lebih 10 pasang baju dalam atau bra dalam simpanan mereka tetapi sebahagian daripadanya tidak pernah digunakan, biarpun masih dalam keadaan baharu.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 15 peratus wanita mengaku mengitar semula atau menderma pakaian dalam terbabit kepada pihak memerlukan, manakala selebihnya terus dibuang.

Menyedari situasi terbabit, jenama pakaian dalam tempatan, Neubodi, mengambil inisiatif melancarkan kempen 'Bra Drive' Sumbang, Sokong dan Kitar Semula, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa, sepanjang bulan ini.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Neubodi, Anne Tan, berkata selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesedaran penyakit kanser payudara yang tidak mengenal jantina, kempen selama sebulan bermula 5 Oktober lalu, bertujuan menggalak penyertaan rakyat negara ini untuk menderma baju dalam terpakai kepada wanita yang memerlukan.

Baju dalam terpakai barangan mewah

"Baju dalam yang didermakan dalam kempen ini akan membantu wanita miskin di negara seperti Nepal, Kemboja, India dan Afrika, yang amat memerlukannya untuk tujuan keselesaan dan keyakinan diri.

"Selain itu ia juga adalah bagi membantu wanita mangsa pemerdagangan seks di negara dunia ketiga, kembali menjalani hidup normal dalam masyarakat dengan menjadikan ia sumber rezeki menerusi penjualan baju dalam terpakai berkenaan.

"Bagi penduduk di negara miskin terbabit, baju dalam terpakai dianggap barangan mewah kerana harganya yang mahal di sana sehingga kadang kala mereka tidak mampu memilikinya," katanya kepada media, di sini hari ini.

Tan berkata demikian selepas kempen 'Bra Drive' Sumbang, Sokong dan Kitar Semula yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Shukor Abdullah.

Yang turut hadir dalam pelancaran berkenaan adalah Penaung Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Puan Sri Akmal Abdul Salam; Presiden BCWA, Ranjit Kaur dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Line Clothing Malaysia, Barry Wilson.

Tan berkata, selain wanita miskin di luar negara, kempen yang memasuki tahun kelima itu turut menyumbangkan baju dalam terpakai berkenaan kepada penduduk miskin di kawasan pedalaman negara ini.

"Tahun lalu, kita mengumpulkan sejumlah 20,000 pasang baju dalam terpakai. Selain dihantar ke luar negara, sebahagian daripadanya didermakan kepada wanita di pedalaman Sabah.

"Tahun ini, kami mensasarkan sejumlah 30,000 pasang baju dalam didermakan oleh rakyat Malaysia menerusi bank bra kami di seluruh cawangan Neubodi dalam negara. Jika menepati sasaran, kempen ini bakal mencatat nama dan pengiktirafan dalam Malaysian Book of Records sebagai sumbangan terbesar," katanya.

Kempen yang dijalankan dengan kerjasama BCWA juga menekankan kepentingan pemeriksaan diri dan pengesanan awal kanser payu dara menerusi pengumpulan dana bagi program 'Hospital Angels' di bawah persatuan kebajikan kanser berkenaan.

Usaha menentang kanser payudara

Ranjit Kaur berkata, kempen berkenaan amat membantu persatuan terbabit mencapai sasaran lebih luas dalam usaha menentang kanser payudara.

"Sokongan awam dan swasta seperti ini membolehkan kami meneruskan misi bagi meningkatkan kualiti hidup bukan saja golongan wanita tetapi lelaki yang menghidap penyakit ini dan mewujudkan masyarakat berpengetahuan mengenai kanser payudara.

"Menerusi Hospital Angels ia adalah inisiatif kami membawa pakar terlatih melawat pesakit kanser payudara yang baharu didiagnosis dan membantu mereka mengharungi penyakit berkenaan dalam persekitaran positif dan penuh sokongan," katanya.

Sementara itu, kempen derma bra terpakai berkenaan juga adalah sebahagian daripada usaha menjaga alam sekitar dengan memastikan tiada tekstil terbuang sehingga menambahkan beban di kawasan pelupusan sampah.

Inisiatif kitar semula itu dipertanggungjawabkan kepada Life Line Clothing, yang menggunakan teknologi tersendiri untuk menukar pakaian dalam terpakai kepada bahan bakar pepejal yang boleh digunakan semula.

Wilson berkata, setiap baju dalam terpakai yang diterima mereka dalam kempen itu, akan diasingkan mengikut kategori tertentu, sama ada untuk didermakan sebagai bahan terpakai kepada negara miskin atau dikitar semula bagi menghasilkan bahan bakar baharu.

Sementara itu, dalam majlis yang sama sejumlah RM 65,350,000 turut disumbangkan kepada BCWA menerusi kempen berbasikal anjuran Neubodi yang dijalankan sejak sebulan lalu.

INFO:

* Lebih 5,000 wanita Malaysia dikesan menghidap kanser payudara setiap tahun

* Separuh daripada jumlah itu adalah wanita usia 50 tahun ke atas

* Kurang 72 peratus pulih daripada penyakit ini

* Kebanyakan kanser payudara dikesan ketika sudah merebak teruk


Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot