API MISTERI MASIH HANTUI KAMI, LEPAS RUMAH TERBAKAR KAMI PINDAH PUN 'DIA' TETAP IKUT - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 11 October 2017

API MISTERI MASIH HANTUI KAMI, LEPAS RUMAH TERBAKAR KAMI PINDAH PUN 'DIA' TETAP IKUT

API MISTERI MASIH HANTUI KAMI, LEPAS RUMAH TERBAKAR KAMI PINDAH PUN 'DIA' TETAP IKUT


OTA BHARU - Sebuah keluarga di Kampung Penambang di Jalan Pantai Cahaya Bulan mengalami mimpi ngeri apabila mereka dihantui semula dengan kewujudan 'api misteri' yang mengekori mereka sejak tujuh tahun lepas.

Mangsa, Zainab Sulaiman, 80, bersama menantunya Ropeah Zakaria, 50, dan cucu-cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah ke beberapa tempat selepas rumah mereka hangus terbakar dalam sebuah kebakaran yang didakwa berpunca daripada api misteri tersebut pada 19 Sept lalu.



Bagaimanapun, kejadian api misteri tersebut masih lagi menyerang mereka meskipun keluarga berkenaan sedang menumpang di rumah salah seorang saudara mereka di kampung yang sama.

Akibatnya, beberapa helaian pakaian, tuala dan sejadah milik mereka yang diletakkan di dalam dua buah bilik telah terbakar pada Jumaat lalu. 

Menurut pemilik rumah, Faridah Sulaiman, 75, yang merupakan adik kepada Zainab, kejadian api misteri berkenaan berlaku sebanyak lima kali antara 9.30 pagi dan 10.30 pagi , menyebabkan beberapa pakaian terbakar. 



Sementara itu, mangsa, Zainab berkata mereka sekeluarga menjadi buntu dengan kehadiran api misteri yang masih menghantui meskipun pelbagai usaha untuk memulihkan keadaan, termasuk memanggil lebih 20 orang ustaz. 




MUFTI Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, kejadian api misteri yang menghantui satu keluarga di Kampung Penambang di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, tidak semestinya berpunca daripada makhluk halus, mungkin ada perkara tersirat.

Beliau meminta keluarga terbabit berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk siasatan lanjut kerana pihak mempunyai pasukan siasatan sendiri bagi menguruskan perkara seperti itu.


Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot