"ANDA MAHU KHIDMAT URUT & SEKS?..." - WANITA BANGLADESH DIJATUHI DENDA SELEPAS TAWAR SEKS KEPADA POLIS - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 11 October 2017

"ANDA MAHU KHIDMAT URUT & SEKS?..." - WANITA BANGLADESH DIJATUHI DENDA SELEPAS TAWAR SEKS KEPADA POLIS

"ANDA MAHU KHIDMAT URUT & SEKS?..." - WANITA BANGLADESH DIJATUHI DENDA SELEPAS TAWAR SEKS KEPADA POLIS


KUALA LUMPUR - Tersilap langkah menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga Bangladesh dijatuhi denda sebanyak RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bernama melaporkan, wanita berusia 25 tahun itu dijatuhi hukuman oleh Majistret Mahyudin Mohmad Som selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada anggota berpangkat Sarjan itu.

Dia memberitahu anggota polis berkenaan: “Anda mahu khidmat urut dan seks?. Bayar saya RM200 dan saya bawa anda ke hotel saya.”

Wanita itu turut didenda RM500 atau sebulan penjara selepas dia mengaku bersalah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelacur.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kaki lima hadapan Kelab Malam Movida, Jalan Changkat Bukit Bintang, Dang Wangi, di sini pada pukul 1.30 pagi, 3 Oktober lalu.

Sumber: Bernama/ Kosmo

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot