KONTRAKTOR TANAM MELON RAIH HASIL LUMAYAN - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 11 March 2017

KONTRAKTOR TANAM MELON RAIH HASIL LUMAYAN


KONTRAKTOR TANAM MELON RAIH HASIL LUMAYAN


KUALA TERENGGANU: Melihat potensi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang semakin baik, seorang kontraktor binaan sanggup beralih mengusahakan MMT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor, Besut dan Projek khas Pertanian Alur Ketitir, Merchang, Marang.

Sidik Muhammad, 54, berkata produk pertanian yang diusahakan melalui penanaman secara fertigasi di bawah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) yang disediakan oleh pihak TKPM sejak dua tahun lalu, kini memberi hasil yang cukup lumayan.

Bagi menghasilkan produk MMT bermutu tinggi, katanya, petani perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian negeri baik dari segi penggunaan baja, pengawalan racun dan pencahayaan.

"Malah, hasil kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri, saya kini dapat menghasilkan 8,000 kilogram MMT dalam tempoh dua bulan selepas hari pertama semaian.

"Jika petani tidak mengikut SOP yang ditetap oleh Jabatan Pertanian negeri, mereka mungkin gagal memperoleh hasil melon bermutu tinggi seperti saiz yang kecil dan rasa yang kurang manis," katanya ketika ditemui BH Plus.

Sidik berkata, setiap dua bulan dia mengeluarkan lapan hingga 10 tan MMT dengan pendapatan sebanyak RM20,000.

Katanya, MMT yang dihasilkan di tempatnya boleh mencapai kemanisan sehingga skala 14 dan buahnya juga rangup serta tahan lama.

"Melalui kajian yang dibuat, sesiapa yang memakan sebiji melon ini bersamaan mereka meminum 40 gelas air teh hijau gred A," katanya.

Sidik berkata, permintaan MMT semakin meningkat memerlukan pihaknya berusaha menambah bekalan.

"Baru-baru ini, kami mengalami masalah kekurangan bekalan berikutan permintaan semakin meningkat. Oleh itu, saya kini berusaha menambah bekalan dengan meningkatkan hasil pengeluaran kerana selepas dieksport ke rantau Asia seperti Jepun, Singapura, kami akan ke Brunei pula untuk mempromosi MMT," katanya.

Ketika ini, katanya, beliau memiliki 40,000 polibag benih melon dan 24 rumah hijau di TKPM Tok Dor, Besut serta di Projek khas Pertanian Alur Ketitir.

Buah yang direka khas untuk industri pertanian Terengganu itu bukan sahaja memiliki rasa yang manis dan struktur buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk bersifat antioksida, baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandungi vitamin A dan C, serta pencegah penyakit kronik seperti kencing manis, angin ahmar dan jantung.

INFO:

- MMT gred A biasanya boleh menjangkau berat 1.2kg-1.6kg yang dijual pada harga RM5 sekilogram.
- Harga MMT di ladang adalah RM4.50/kg.
- Petani yang menghasilkan buah gred A yang banyak akan memperoleh insentif daripada koperasi MMT sebanyak 50 sen bagi sekilogram.




No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot