LELAKI INI ADA 244 IDENTITI BERSOSIAL DI INTERNET
Beijing: Seorang lelaki mencipta 244 identiti untuk dirinya dalam satu platform media sosial, Zhihu, yang sama seperti Quora yang membolehkan pengguna menghantar dan menjawab soalan.
Lelaki berkenaan yang tidak diketahui identiti sebenarnya, mendaftarkan dirinya sebagai penagih dadah, polis, nelayan, juruterbang, atlet meluncur salji, ketua kampung, jurujual kereta, petani dan pensyarah kolej.
Menurut China Youth Daily, sebagai contoh, bagi soalan mengenai cara berhenti menagih dadah, lelaki itu mendakwa dia adalah bekas penagih dadah yang memasuki pusat pemulihan selama lapan tahun.
Mneurut Zhihu, akaunnya kini sudah disekat kerana dianggap memberi tanggapan salah kepada pengguna lain.
Satu kumpulan mengesan jejak lelaki itu di internet dan menggelarnya sebagai ‘Lelaki paling banyak cerita di Zhihu’.
Jumlah pengguna internet China melonjak kepada 731 juta orang pada 2016, sama dengan penduduk Ukraine.
Lelaki itu pernah bercerita dia kononnya kehilangan tangan pada 2006 dan putus kaki pada 2013.
No comments:
Post a Comment