Tips Dan Cara Membuat Backlink - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 17 February 2011

Tips Dan Cara Membuat Backlink

Ok, sekarang aku rasa ramai yang dah tahu pasal backlink. Ramai blogger-blogger juga sering memperkatakan tentang backlink ni. Kat sini aku bagi penjelasan simple pasal backlink.

Backlink (juga dikenali sebagai Inbound Link) adalah link dari blog anda ke blog orang lain. Contoh macam aku promote Contest Blogger Malaya <--- Backlink kepada blog lain.


Dalam entry kali ni aku nak ajar sikit tips membuat Backlink. Backlink boleh dibuat dengan 2 cara mudah iaitu backlink kepada :

  1. URL Main Blog.
  2. URL Entry Blog. 

Backlink kepada URL Main blog ialah anda refer visitor anda untuk ke homepage blog anda. Contohnya, jom lihat Entry-Entry Terkini Mrdaha. <-- Backlink kepada URL Main Blog.

Backlink kepada URL Entry Blog pula ialah memberi Backlink kepada entry-entry lama anda. Blogger digalakkan untuk membuat banyak Backlink kepada entry-entry lama supaya blog supaya entry lama tidak terbiar begitu sahaja dan visitor anda juga akan terus membaca blog anda tanpa henti. Sebagai contoh, anda boleh la lihat entry lama saya tentang cara untuk meningkatkan traffic dan pagerank. <--- Backlink kepada URL Entry Blog.

So, mudah bukan?? Sebenarnya senang je kita nak dapat backlink. Tidak perlu backlink daripada orang lain pun takpe. Kita buat backlink sendiri. Kita promote entry-entry lama dalam entry-entry baru. Dengan itu, orang akan baca entry baru dan entry lama kita sekaligus.

Teknik memberi backlink kepada entry lama dalam blog sendiri ni sebenarnya kurang dipraktikkan oleh blogger-blogger melayu. Aku pun tak paham kenapa.

Cuba korang lihat antara 2 situasi ni:

Situasi 1
Korang buat 1 entry tanpa backlink kepada entry lama, korang promote habis-habisan tentang entry tu. Kesimpulan? Pelawat anda hanya membaca entry itu sahaja dan terus keluar.

Situasi 2
Korang buat 1 entry dengan backlink kepada beberapa entry lama yang menarik. Korang promote tentang entry tu sahaja, tetapi apabila pelawat korang baca entry tu, dia akan nampak entry lama korang yang agak menarik. Maka secara tak langsung, korang akan bawa pelawat anda ke dalam entry-entry lama juga.

"Kalau korang nak tahu, aku jarang promote entry-entry lama kat Blogger Malaya atau chatbox blogger lain, tapi aku still dapat traffic dan komen kepada entry lama tu. 
Semuanya kerana Backlink di dalam entry."


Soalan: Berapa banyak backlink kepada orang lain dan inbound link aku buat dalam entry ni?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot