Pagerank Jatuh Sebab Tak Update Blog? - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 3 March 2011

Pagerank Jatuh Sebab Tak Update Blog?

Ok, kali ni Mrdaha nak share sedikit tips tentang Update Blog. Update blog ni penting untuk memberikan para pembaca kita content fresh dan baru. Bagi mereka yang sering melawat blog korang, sudah tentu mereka ingin melihat entry baru apabila masuk ke blog korang tu. Jika entry yang sama je, mereka pasti berasa bosan dan malas nak masuk blog kita sebab kompem xda entry baru.

Pagerank Jatuh Sebab Tak Update Blog, Tips update blog, tingkatkan trafik blog, google pagerank drop down jatuh

Tetapi, ada juga Blogger yang jarang update blog mereka atas sebab busy dan ketandusan idea. Blogger-blogger ni mesti risau sebab takut tiada trafik datang ke blog, pagerank mungkin jatuh dan sebagainya.

Kalau korang nak tahu, Google tidak mementingkan Frekuensi Update blog. So korang jangan la risau bila tak update seminggu dua tu. Tak ada kesan pun pada blog korang. Sebagai bukti, blog aku sendiri pernah tak update selama hampir SETAHUN. Pagerank aku dah memang 3. Aku takut pagerank aku jatuh sebab tak update blog, tapi nak buat camne. Pagi aku study, malam aku kerja part-time kedai makan, memang tak ada masa nak update blog.

Aku dengar berita yang Google akan update Pagerank pada December 2010. Hari-hari aku check sama ada pagerank aku jatuh ke tak. Tapi sampai sekarang nampaknya tak jatuh2 juga. Masih Pagerank 3.. He3. Tapi memang betul ada beberapa website yang pagerank mereka jatuh lepas December 2010 tu. Ada sebab juga pagerank mereka ni jatuh. Tapi bukan sebab tak update blog. Biasanya pagerank ni jatuh sbb broken link, adult link, link spam, inappropriate content dan sebagainya, malas nak explain panjang2. Ha3~

So, macam yang korang selalu dengar, Content is King! Dari dulu sampai sekarang rule ni tak pernah berubah.

Blog Jarang Update Tapi Content Berkualiti > Blog Selalu Update Tapi Content Biasa

Jika blog korang jarang update tapi bila update content korang berkualiti tu adalah lebih bagus daripada blog yang selalu update tetapi content dia biasa sahaja.. So, content berkualiti tu apa?? Content berkualiti ialah content yang orang selalu cari, content yang penuh info dan maklumat, content yang tak lapuk ditelan masa. Contohnya macam entry tentang blogging tips, tricks, review filem, senarai top 10 best "something" dan sebagainya.

Kesimpulannya, buatlah lebih banyak entry berkualiti daripada kuantiti. Kalau korang nak tahu, Blog Mrdaha ni ada 191 entry sahaja (termasuk yang ni). Entry blog aku tak banyak pun. Tak sampai 200 entry pun lagi, Tapi semua entry2 aku berkualiti. (tak masuk entry2 lama eh, entry lama semua zaman2 aku newbie. pasal personal life je.. boring.. ha3). Well, Aku spend banyak masa buat research sebelum buat entry dan tulis dengan sepenuh hati aku.

Korang boleh la check entry-entry lama aku yang agak menarik.

Tingkatkan Trafik Dengan Menukar Nama Blog
Kesilapan Blogger Membuat Exchange Links!!
Belajar SEO : Bukti Keyword Pada Tittle Jana Traffic 
SEO Tips : Bukti Keyword Gambar Tingkatkan Traffic Blog
Mrdaha Exchange Link Friends

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot