REMAJA LEMAS DI SUNGAI OYA - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 11 October 2017

REMAJA LEMAS DI SUNGAI OYA

REMAJA LEMAS DI SUNGAI OYA


DALAT: Seorang remaja lelaki yang terjatuh di tebing Sungai Oya, di Kampung Tengah, di sini, ditemui lemas, petang tadi.

Mangsa dikatakan terjatuh ketika bermain dengan dua rakannya di dalam perahu yang ditambat di tepi sungai.

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun itu tidak pandai berenang dan tangannya pula masih berbalut kerana patah, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang melakukan pencarian menggunakan kaedah tradisional.

"Penduduk kampung yang menyertai operasi itu bersama anggota bomba, menggunakan sejenis alat yang dipanggil sa'it iaitu pencangkuk yang diikat pada hujung rotan panjang.

"Penduduk beramai-ramai menarik alat itu dan kaedah itu ternyata berkesan apabila mayat mangsa ditemui dalam masa singkat. Mayat mangsa ditemui berdekatan dengan tempat dia dikatakan terjatuh," katanya.

Ling Hii berkata, mayat mangsa yang ditemui pada jam 5.38 petang diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot