MENINGGAL DEPAN KAABAH - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday 10 October 2017

MENINGGAL DEPAN KAABAH

MENINGGAL DEPAN KAABAH
WAN Rafiah Musa, (kiri) menunjukkan gambar arwah kakaknya, Wan Halimah Musa. - Foto Syaherah Mustafa




RANTAU PANJANG: "Saya reda dengan pemergiannya, malah cemburu kerana arwah terpilih untuk menghembuskan nafas terakhir di depan Kaabah".

Itulah kata-kata Wan Rafiah Musa, 63, adik kepada Wan Halimah Musa, 66, yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Makkah pada 16 September lalu.

Wan Rafiah berkata, mereka sudah menyempurnakan ibadah haji dan mengambil peluang mengerjakan solat sunat Tawaf sebelum Allahyarham jatuh ke ribanya sejurus selesai membaca doa.

"Sebaik saja jatuh ke riba saya, dia masih sedar. Dalam keadaan lemah, dia meminta membawanya ke tandas namun saya tidak dapat membantu kerana orang yang ramai ketika itu.

"Namun dia masih tersenyum dan sempat mengucap beberapa kali sebelum meninggal," katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan wakil Tabung Haji (TH) Kelantan di rumahnya di Kampung Parit Air, di sini, hari ini.

Wan Rafiah berkata, kakaknya itu tidak menunjukkan perubahan cuma mengadu letih ketika di Mina kerana cuaca agak panas.

Katanya, kakaknya juga tidak menghidap sebarang penyakit kecuali kencing manis tetapi tidak kritikal.

"Sebelum bertolak untuk mengerjakan haji pada 25 Ogos lalu, arwah begitu gembira, malah memberitahu empat anaknya bahawa dia mahu pergi lama.

"Namun, mereka tidak menyangka itu adalah petanda dia akan pergi buat selama-lamanya," katanya.

Wan Rafiah berkata, ramai jemaah bertanya mengenai amalan Allahyarham kakaknya memandangkan arwah meninggal dunia di depan Kaabah.

"Amalan harian arwah ialah tidak meninggalkan solat sunat Dhuha selain membaca al-Quran setiap hari," katanya.

Sementara itu, Pengarah TH Kelantan, Wahyudin Tamami, berkata pihaknya menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,500 serta cenderahati kepada keluarga arwah.

"Ini keluarga terakhir yang kami ziarah selepas empat daripada 3, 350 jemaah Kelantan dilaporkan meninggal dunia ketika mengerjakan haji," katanya.


Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot