HARGA JUALAN 'FOOD TRUCK' MAHAL, PENGGUNA GUNA KUASA - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday 10 October 2017

HARGA JUALAN 'FOOD TRUCK' MAHAL, PENGGUNA GUNA KUASA

HARGA JUALAN 'FOOD TRUCK' MAHAL, PENGGUNA GUNA KUASA
DATUK Seri Hamzah Zainuddin (tiga dari kanan) bersama Pengasas dan Pengerusi Marrybrown, Datuk Lawrence (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew (dua dari kanan) ketika majlis perasmian Marrybrown School Of QSR di Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta orang ramai menggunakan hak sebagai pengguna bagi mengelak membeli produk makanan di 'food truck' yang terlalu mahal.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengakui banyak menerima aduan mengenai harga makanan yang dijual menerusi konsep perniagaan menggunakan trak atau 'food truck', namun ia terserah kepada pengguna sendiri.

"Kalau seseorang buka 'food truck', dia lakukannya kerana makanan itu istimewa dan dia boleh jual dengan harga RM50. Biarlah dia nak jual RM50. Apa yang penting kita sebagai pengguna, hak kita ialah jangan beli dari dia.

"Kita (pengguna) mempunyai banyak pilihan kerana terdapat banyak food truck seperti menjual char kuetiau atau nasi lemak. Jadi kita ada banyak pilihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Marrybrown School of Quick Service Restaurant milik pengendali restoran makanan segera jenama Malaysia, Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas dan Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew dan Pengerusi Marrybrown, Datuk Lawrence Liew.

Hamzah berkata, pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan syarikat berasaskan makanan yang mempunyai pusat latihan sendiri bagi membantu usahawan food truck daripada segi latihan, kualiti dan kebersihan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamzah berkata, kerajaan optimis untuk terus mengembangkan industri francais negara sekali gus memperkenalkan produk keluaran Malaysia di luar negara.

Katanya, setakat ini terdapat sebanyak 65 jenama keluaran Malaysia dipasarkan di 4,271 cawangan di 66 negara membabitkan produk makanan, pendidikan, sukan dan permainan.

"Kita patut berbangga dengan produk Malaysia yang diterima di banyak negara. Jadi kita perlu memastikan imej negara tidak busuk sehingga akhirnya boleh menyebabkan orang tidak percaya lagi pada negara," katanya.


Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot