REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 2 March 2017

REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON



REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON



Hi guys,

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menginap di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Aku gunakan SHOPBACK untuk booking hotel di Expedia dan dapat cashback atau rebat tunai lagi bila kita berbelanja melalui SHOPBACK. Aku booking masa tu dua minggu awal. Tarikh yang aku pergi tu, bukan cuti sekolah atau cuti umum, (September 2016), jadi harganya lebih murah daripada biasa tapi lingkungan RM780 termasuk GST tak termasuk 'breakfast'. Aku ambil  Executive Pool Villa. Aku gi pun sebab wife aku cakap macam best je tidur hotel atas laut. Tu lah kitaorang pun nak cuba.

Mula-mula sampai tu, biasalah kena check-in kan. Lepas tu, kena tunggu untuk kereta buggy. Untungnya masa aku pergi tu bukan waktu kemuncak, jadi tak ramai orang sangat dan sekejap je kitaorang tunggu, terus datang buggy. Kita perlukan buggy sebab kedudukan hotel ni jauh daripada lobby (dalam bentuk bunga raya). Untungnya lagi, kitaorang dapat bilik hujung daun, kira betul-betul mengadap lautlah. 

       
Muka happy baru sampai naik buggy ni


Tak sampai 3 minit dari pintu depan naik buggy, sampailah kitaorang kat bilik. Saiz bilik ok lah. Tak besar tak kecil sangat.

Keluasannya macam ni. Ada dua katil King. 
Kira kalau untuk 4 orang dan 2 kanak-kanak memang selesalah


Pandangan depan pula macam ni.


Belah kiri di pintu keluar tu, ada sauna dan ruang bilik air dan tandas. Sekali dengan kolam. Jadi, korang bolehlah lepas mandi kolam, masuk sauna tu. Lepas tu mandi.


Ni sebelah kiri bilik.

Aku rasa keisitimewaan hotel ni adalah private pool dia. Sebab perkhidmatan lain tu macam biasa-biasa jelah yang ada kat hotel lain. Yang bestnya korang boleh berendam berapa lama korang nak dan santai-santai dengan keluarga. Tapi untuk anak-anak kena ada pengawasanlah sebab kolam ni betul-betul tepi laut kan. Kalau terjun, terus masuk laut.


Raisya baru belajar nak mandi kolam :P

Sebab aku g dengan keluarga, malam tu kitaorang pergi keluar makan kat kedai-kedai biasa je.Malam tu ada adik-adik aku lepak sekali. Tak silap aku kalau untuk pakej makan malam kat hotel ni mungkin dalam RM80++ rasanya (aku tak ingat tepatlah harganya tapi lingkungan tulah).


 Kitaorang tidur satu malam je, nak merasa je. Sebab nak bercuti dengan keluarga bukan senang kan. Ok lah dapat merasalah private pool kat bilik. Hihi. Lagipun aku tak plan betul-betul sangat, jadi tak tahu sangat nak buat aktiviti apa masa pergi Port Dickson ni.

Nak balik dah. Tu buggy kat belakang


Overall, okaylah jugak hotel ni kalau korang dengan family memang jenis suka mandi kolam, tak nak gangguan, memang recommended lah Aku ada tengok pakej bagi makan binatang apa semua tu, tapi aku tak sempat nak explore. Lagipun masa untuk check-in hotel ni agak lewat, pukul empat petang. Check-in plak pukul 12 tengah hari. Sekejap sangat je pun :D


Untuk merasa ok lah ;)


Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang ada kat sini. Cuma aku tak sempat nak explore semua.


Maklumat tentang Lexis Hibiscus Port Dickson :

LEXIS HIBISCUS
12th Mile, Jalan Pantai,
Pasir Panjang 71250,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tel :   +606 - 660 2626
Fax :   +606 - 660 2628
Email :   reservations@lexishibiscuspd.com
Website    :   www.lexishibiscuspd.com

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot