LINE CLEAR KINI BEROPERASI SEMULA SELEPAS DIBERSIHKAN - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday 18 March 2017

LINE CLEAR KINI BEROPERASI SEMULA SELEPAS DIBERSIHKAN


LINE CLEAR KINI BEROPERASI SEMULA SELEPAS DIBERSIHKAN


GEORGE TOWN – Restoran nasi kandar Pulau Pinang terkenal di negeri ini, Line Clear Jalan Penang, terus dikunjungi orang ramai tanpa henti selepas beroperasi semula sejak pagi Jumaat.

Operasi perniagaan bermula jam 9 pagi itu ternyata seperti membawa tuah dan rezeki kepada pengusaha, Sahubar Ali Mohd. Hanibah apabila pelbagai lapisan masyarakat datang menikmati dan terus mempercayai premis tersebut.

Ramai pelanggan teruja dengan pembukaan kembali restoran warisan keluarga India Muslim yang beroperasi sejak dekad 1950-an itu setelah diarahkan tutup pada petang 13 Mac lalu atas kesalahan gagal dalam aspek kebersihan.

Sahubar Ali, 59, berkata, pihaknya akur arahan penutupan dua minggu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang selepas pemeriksaan Isnin lalu mendapati premis itu agak kotor.



Beliau bagaimanapun berkata, ia berjaya dibenarkan beroperasi semula lebih awal daripada tempoh ditetapkan dan pihaknya memberi jaminan bahawa kebersihan akan sentiasa diberikan perhatian malah menjadi keutamaan utama.

Restoran beroperasi 24 jam tersebut pernah diarah tutup seketika beberapa tahun lalu atas perintah mahkamah susulan isu pertikaian keluarga tetapi kembali dibuka selepas mencapai persetujuan pelbagai pihak yang berkaitan.

“Tidak dinafikan kami memang menanggung kerugian kira-kira RM10,000 kerana terpaksa ditutup, namun tetap berasa reda dengan segala ujian daripada Allah SWT dan yakin sokongan pengunjung akan terus diberikan.

“Jemputlah datang ke Restoran Nasi Kandar Line Clear dan rasai sendiri kenikmatan nasi kandar popular di Pulau Pinang sejak lebih 70 tahun lalu,” katanya pada sidang media di premis tersebut.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot