CHONG WEI JUARA ALL-ENGLAND 2017, MENANG MUDAH DENGAN SHI YUQI - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday 12 March 2017

CHONG WEI JUARA ALL-ENGLAND 2017, MENANG MUDAH DENGAN SHI YUQI

CHONG WEI JUARA ALL-ENGLAND 2017, MENANG MUDAH DENGAN SHI YUQI

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan pilihan ke-10 dari China, Shi Yuqi dalam aksi final Siri Super Premier All England, sebentar tadi.

Chong Wei mengalahkan Shi Yuqi dengan 21-12, 21- 10 dalam aksi yang memakan masa hampir 50 minit.

"All England ini ialah kejohanan kegemaran saya. Kemenangan ini saya tujukan kepada penyokong saya," kata pemain No.1 dunia ketika ditemui sejurus selepas perlawanan berakhir.

Chong Wei merangkul gelaran juara All-England buat kali keempat selepas menewaskan pemain muda dari China, Shi Yuqi sebentar tadi.

Chong Wei dilihat menang mudah 2-0 dalam permainan terbabit apabila lawannya dilihat tidak berjaya mengikut rentak permainan yang dibawa oleh Chong Wei.

Set pertama merakamkan Chong Wei mendominasi permainan dari awal hingga akhir seterusnya menang 21-12.

Set kedua pula menyaksikan rentetan yang sama dan Chong Wei berjaya menundukkan Shi Yuqi dengan mudah. Bagaimanapun, di mata (MY)18-10 (CN) permainan, Shi Yuqi mengalami sedikit kecederaan apabila tersilap langkah ketika mahu membalas pukulan menyebabkan permainan tergendala buat seketika.

Permainan tamat selepas Chong Wei menamatkan permainan dengan kemenangan 21-10.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot