Mrdaha Online Blog Life Updates 2013 - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday 23 December 2013

Mrdaha Online Blog Life Updates 2013

ENTRY INI DAH LAMA AKU IMPORT DARIPADA MRDAHA ONLINE BLOG

Mrdaha Online Blog is back! Hahaha.. blog tentang daily entertainment, blogging tips, tricks, tutorials, SEO tips, how to increase traffic, pagerank dan link building ini akhirnya di update juga setelah bertahun bersawang. Bertahun ok, bukan berbulan. Macam tak percaya akhirnya aku update gak blog aku ni. Macam gambar budak kat atas tu... fuh..fuuuuhhh.. tiup habuk. Kali ni bersawang giler2. haha. Seriously aku rindu dunia blogging ni.

Kalau korang nak tahu berapa lama aku tak update blog, meh sini tengok gambar kat bawah ni...


Haha.. amek ko.. last update 2 August 2012. Sekarang tahun 2013 dah nak masuk 2014 dah pun. So, untuk tahun 2014 ni azam aku nak update blog at least sehari sekali la kan. Tapi biasanya azam tahun baru memang jarang menjadi kenyataan. Contoh macam azam tahun lepas aku berazam nak kurus, tapi makin gemuk je aku rasa. Hahaha..


Tentang Mrdaha Online Blog

Ok, aku rasa blog aku ni ok jer. Tak ada la hebat sangat. Berkat hasil SEO, masih ada lagi rupanya passive traffic dari sahabat lama, my all time favourite, Mr.Google.com.


Ni aku amik monthly punya stats. Agak ok gak la, dah bertahun tak update masih ada lagi passive traffic dari google.

Dan yang paling mengecewakan aku ialah Pagerank blog Mrdaha Online Blog ni telah pun jatuh daripada Pagerank 3, kepada Pagerank 1. Tapi takpela sebab memang aku dah expect akan jatuh lagi setelah kejatuhan Pagerank blog ni pada entry aku yang lama Pagerank Blog Mrdaha Jatuh!. Rupa-rupanya memang Pagerank blog akan jatuh juga kalo LAMA tak update blog. Hahaha.
Pagerank ku pada hujung tahun 2013. Tahun 2014 camne? Kita tunggu dan lihat.

Tentang widget blog, google+, keywords, sistem SEO sekarang aku tak tahu sangat sebab lama dah tinggal dunia blogging. Lama tinggal tak semestinya stop blogging right? So, aku akan belajar balik slow2 untuk menghadapi tahun 2014 yang akan datang ni. :)


My Life Updates

Ok, pasal hidup aku yang simple ni xda la best sangat. Setelah 6 tahun setengah belajar, akhirnya aku dah pun grad daripada IPSAH-UPSI dan bekerja sebagai Guru di Muar, Johor. Yeayy... tepuk2 sikit.

Classmate

Cohort 5 IPSAH-UPSI


Macam yang korang tengok kat gambar di atas, aku lah orang yang sedang duduk di kerusi roda tu. Ini adalah kerana aku terlibat dalam kemalangan tragis pada bulan Mei 2013, yang meragut seorang rakan baik. Kami bertiga di dalam satu kereta dan terbabas melanggar divider di highway. Alhamdulillah aku dan rakanku yang seorang lagi selamat. Malangnya kakiku patah. Patah tulang peha dua-dua belah kaki. Sekarang masuk besi kaki kiri kanan, naik kerusi roda dari bulan 5 smpai bulan 12, sekarang dah boleh jalan sikit2 pakai tongkat. Abes citer.

Proton Saga lama, total lost.


Ok la, malas nak cerita lebih2 pasal eksiden. Sampai sini jer.. Aku tak rasa akan ada orang baca pun blog aku ni. Tetapi, aku dah install beberapa auto ping, auto update, promote, bla3. So kalo korang nampak aku mempromote entry ni, terima kasih la sudi singgah dan baca. :)

Aku tak janji akan update lagi blog ni k. Lama xblogging, otak pn beku, idea menulis tah kemana, sumber source pun xda. Lebih2 lagi lifestyle aku yg patah kaki dan duduk rumah 24jam membuatkan kehidupan seharian boring dan aktiviti xmenarik sangat. Xkan hari2 nak aku cerita aku makan apa kan? :)


P/s: Bagi yang bosan dan nak membelek entry lama, sila la tgk kat sini k. Mrdaha Sitemap


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot