ZIZAN RAZAK, MIRA FILZAH KINI SEMAKIN INTIM? - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday 17 March 2017

ZIZAN RAZAK, MIRA FILZAH KINI SEMAKIN INTIM?



TERDAHULU pernah timbul desas desus mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Mira Filzah bercinta dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Namun kedua-dua selebriti ini menafikan sedang mengenali hati budi masing-masing waima menegaskan mereka tidak lebih daripada teman biasa sahaja.

“Sebagai kawan pun kami sebenarnya bukanlah terlalu rapat apatah lagi melibatkan hati dan perasaan,” kata Zizan kepada mStar Online.



Manakala Mira pula menerusi laman yang sama pernah memberitahu, “Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana.”

Hubungan kedua-dua selebriti ini bertambah ‘mesra’ selepas mereka digandingkan sebagai pengacara bersama ketika Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu.



Dan terbaharu, pasangan ini dilihat hadir bersama-sama semasa pelancaran pembukaan pengimport dan penjual kereta mewah, terpakai Moga Motors yang terletak di Jalan Ampang di ibu negara.

Tak cukup dengan itu, menerusi penelitian di laman Instagram (IG) milik Mira Filzah, dia turut berkongsi fotonya bersama Zizan dan beberapa rakan lain.



Mereka dikatakan baru sahaja selesai penggambaran telemovie terbaharu untuk slot stesen Astro Citra iaitu Jula Juli Bintang Cinta. Di sini memang cukup elas terpancar kemesraan antara mereka berdua.

Manakala perkongsian daripada laman IG zr.mf_eternal pula memaparkan Zizan dan Mira kebetulan mengayakan baju sama warna dan pose dalam gaya yang sama.

Hurmm… korang rasa mereka ni macam mana?

Apa-apa pun, mula-mula memanglah kawan biasa tetapi dimasa hadapan siapa yang tahu? Kadang-kadang benda yang kita nafikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot