![]() |
PANGKALAN Tentera Udara Cannon. - Sumber www.cannon.af.mil |
3 MAUT, PESAWAT TENTERA AS TERHEMPAS DI NEW MEXICO
CLOVIS: Tiga anggota tentera udara terbunuh selepas pesawat peninjau dan pengawasan yang mereka naiki terhempas di timur New Mexico, barat daya Amerika Syarikat (AS) ketika sesi latihan lapor Berita Harian.
Seorang pegawai di Pangkalan Tentera Udara Cannon berkata, pesawat U-28A terhempas pada Selasa malam di kawasan padang kira-kira 400 meter ke timur Lapangan Terbang Perbandaran Clovis, 4.8 kilometer ke timur bandar Cannon. Pesawat itu dalam penerbangan ke Cannon.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa tentera berkata, identiti ketiga-tiga mangsa hanya akan didedahkan selepas keluarga dimaklumkan dalam tempoh 24 jam. Punca kemalangan masih disiasat.
Pangkalan itu memiliki kira-kira 5,800 anggota tentera dan kakitangan awam. Ia juga menempatkan ibu pejabat Unit Operasi Khas ke-27. - AP
No comments:
Post a Comment