WABAK VIRUS H5N1 HANYA PADA AYAM KAMPUNG - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday 13 March 2017

WABAK VIRUS H5N1 HANYA PADA AYAM KAMPUNG


WABAK VIRUS H5N1 HANYA PADA AYAM KAMPUNG

Penyakit selsema burung H5N1 yang dilaporkan di sekitar Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu di Kelantan hanya terhad kepada ternakan ayam kampung sahaja dan bukannya ayam komersial. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, 70 peratus ayam daging di Kelantan dibawa masuk dari negeri yang bebas penyakit.

Menurutnya, baki 30 peratus bekalan dalaman pula diternak di ladang yang berada lebih 24 kilometer dari tempat kejadian.

“Ini bermakna ia selamat untuk dimakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 118 warga kementeriannya di Wisma Tani di sini hari ini.

Bagi bekalan telur pula, katanya, 100 peratus bekalannya dibawa masuk dari luar Kelantan dan selamat dimakan.

– Bernama



Apakah itu virus H5N1?

Menurut CDC, H5N1 merupakan virus jenis dari influenza A yang juga boleh dijangkiti manusia. Ia sangat mudah berjangkit dan boleh membunuh burung-burung terutamanya.

Apakah simptom dijangkiti H5N1?

Walaupun ia virus yang menyerang burung-burung, namun H5N1 juga boleh memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia. Contoh simptom dijangkiti H5N1 ialah:


  • Demam
  • Batuk
  • Sukar bernafas / nafas pendek
  • Sakit bahagian abdomen
  • Cirit-birit


Rawatan H5N1

Sekiranya terdapat simptom-simptom dijangkiti H5N1 dan mempunyai sejarah mendekati burung, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan ujian saringan.

Pihak hospital akan memberikan ubat antiviral bagi melawan jangkitan ini. Contoh ubat antiviral yang sering digunakan ialah:


  • oseltamivir
  • peramivir
  • zanamivir


Walaupun H5N1 jarang menjangkiti manusia, namun kini terdapat semakin banyak kes di mana manusia dijangkiti virus influenza H5N1.

Mereka yang banyak bekerja dengan burung, atau tinggal berdekatan dengan kawasan belaan haiwan ini lebih terbuka untuk dijangkiti virus influenza ini.

Jadi, cara terbaik bagi mengelakkan jangkitan virus ini. Paling utama ialah hapuskan segala pembawa virus ini. Selain itu, isolasikan kawasan yang mempunyai banyak haiwan pembawa virus ini.

Sehingga gelombang sebaran wabak ini berakhir, elakkan memakan haiwan pembawa virus ini sebagai langkah berjaga-jaga.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot