AMARAN! PELAJAR SASARAN UTAMA 'PUSHER' - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 13 March 2017

AMARAN! PELAJAR SASARAN UTAMA 'PUSHER'


AMARAN! PELAJAR SASARAN UTAMA 'PUSHER'

TIMBALAN Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak, Dr Richard Ng berkata, ancaman dadah dalam kalangan pelajar di Perak semakin ketara memandangkan pelajar menjadi sasaran utama pengedar dadah.

“Golongan pelajar kurang matang amat mudah dipengaruhi terutama mereka yang inginkan keseronokan serta meniru gaya hidup barat.

“Pelbagai taktik dan strategik digunakan pengedar dadah untuk mempengaruhi pelajar termasuk menggunakan Facebook dan WhatApps serta media sosial lain,” katanya.



Jelasnya, dadah diedarkan dan diagihkan dalam bentuk gula-gula, botol minuman atau dalam bungkusan seperti kopi 3 dalam 1 malah pengedar juga melantik agen-agen dalam kalangan pelajar seperti konsep multi-level marketing (MLM).

Katanya, Pemadam merupakan NGO yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan menjalankan aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah melalui program kesedaran dan pendidikan.

Menurutnya, Pemadam tidak seperti agensi kerajaan lain yang terlibat dengan membanteras penyalahgunaan dadah seperti AADK dan polis kerana tidak mempunyai kuasa menahan seseorang yang terlibat dalam dadah.


Bagaimanapun, Pemadam Perak bertuah kerana mempunyai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang prihatin dan menyokong usaha Pemadam untuk memerangi dadah  pada masa sama menyediakan peruntukan yang besar untuk memastikan masalah ini dapat dibanteras habis-habisan.

Atas kepercayaan itu, langkah yang diambil Pemadam Perak adalah untuk mengkaji semua aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah yang dijalankan selama ini untuk melihat keberkesanan dan impaknya pada masyarakat.

Sementara itu, Richard berkata, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Pemadam Daerah juga disarankan menjadikan aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama dalam mesyuarat di peringkat daerah setiap tiga bulan yang turut melibatkan agensi kerajaan berkaitan seterusnya memastikan mereka mencapai KPI yang ditetapkan setiap tahun.



Katanya, perang terhadap najis dadah juga dibawa ke peringkat mukim dengan setiap mukim terdiri dari 50 anggota dalam kalangan masyarakat, agensi kerajaan serta NGO.

Pemadam Perak akan meneruskan usaha pencegahan dengan memberi tumpuan penuh kepada fokus utama iaitu pelajar bebas dadah pada masa sama mengambil inisiatif memastikan institusi keluarga dimantapkan dengan mengajak ibu bapa untuk turut serta dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot