REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
Hi guys,
Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menginap di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Aku gunakan SHOPBACK untuk booking hotel di Expedia dan dapat cashback atau rebat tunai lagi bila kita berbelanja melalui SHOPBACK. Aku booking masa tu dua minggu awal. Tarikh yang aku pergi tu, bukan cuti sekolah atau cuti umum, (September 2016), jadi harganya lebih murah daripada biasa tapi lingkungan RM780 termasuk GST tak termasuk 'breakfast'. Aku ambil Executive Pool Villa. Aku gi pun sebab wife aku cakap macam best je tidur hotel atas laut. Tu lah kitaorang pun nak cuba.
Mula-mula sampai tu, biasalah kena check-in kan. Lepas tu, kena tunggu untuk kereta buggy. Untungnya masa aku pergi tu bukan waktu kemuncak, jadi tak ramai orang sangat dan sekejap je kitaorang tunggu, terus datang buggy. Kita perlukan buggy sebab kedudukan hotel ni jauh daripada lobby (dalam bentuk bunga raya). Untungnya lagi, kitaorang dapat bilik hujung daun, kira betul-betul mengadap lautlah.
Muka happy baru sampai naik buggy ni
Tak sampai 3 minit dari pintu depan naik buggy, sampailah kitaorang kat bilik. Saiz bilik ok lah. Tak besar tak kecil sangat.
Keluasannya macam ni. Ada dua katil King.
Kira kalau untuk 4 orang dan 2 kanak-kanak memang selesalah
Pandangan depan pula macam ni.
Ni sebelah kiri bilik.
Aku rasa keisitimewaan hotel ni adalah private pool dia. Sebab perkhidmatan lain tu macam biasa-biasa jelah yang ada kat hotel lain. Yang bestnya korang boleh berendam berapa lama korang nak dan santai-santai dengan keluarga. Tapi untuk anak-anak kena ada pengawasanlah sebab kolam ni betul-betul tepi laut kan. Kalau terjun, terus masuk laut.
Raisya baru belajar nak mandi kolam :P
Sebab aku g dengan keluarga, malam tu kitaorang pergi keluar makan kat kedai-kedai biasa je.Malam tu ada adik-adik aku lepak sekali. Tak silap aku kalau untuk pakej makan malam kat hotel ni mungkin dalam RM80++ rasanya (aku tak ingat tepatlah harganya tapi lingkungan tulah).
Kitaorang tidur satu malam je, nak merasa je. Sebab nak bercuti dengan keluarga bukan senang kan. Ok lah dapat merasalah private pool kat bilik. Hihi. Lagipun aku tak plan betul-betul sangat, jadi tak tahu sangat nak buat aktiviti apa masa pergi Port Dickson ni.
Nak balik dah. Tu buggy kat belakang
Overall, okaylah jugak hotel ni kalau korang dengan family memang jenis suka mandi kolam, tak nak gangguan, memang recommended lah Aku ada tengok pakej bagi makan binatang apa semua tu, tapi aku tak sempat nak explore. Lagipun masa untuk check-in hotel ni agak lewat, pukul empat petang. Check-in plak pukul 12 tengah hari. Sekejap sangat je pun :D
Untuk merasa ok lah ;)
Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang ada kat sini. Cuma aku tak sempat nak explore semua.
Maklumat tentang Lexis Hibiscus Port Dickson :
LEXIS HIBISCUS
12th Mile, Jalan Pantai,
Pasir Panjang 71250,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
Tel : +606 - 660 2626
Fax : +606 - 660 2628
Email : reservations@lexishibiscuspd.com
Website : www.lexishibiscuspd.com
No comments:
Post a Comment