Sebelum tu, bagi sesiapa yang tak tahu apa tu Alexa Rank, Alexa Rank ni ialah ranking trafik blog kita. Biasanya ia digunakan oleh advertiser untuk beriklan di blog kita atau pun digunakan untuk compare blog kita dengan blog orang lain.
Alexa Rank ni lain sikit dari Google Pagerank. Kalau Pagerank, lagi tinggi Pagerank, lagi bagus la kan? Tapi kalau dengan Alexa Rank ni, semakin KURANG Alexa Rank, semakin BAGUS ranking kita. Dengan kata lain, kalau satu-satu website tu Alexa Rank dia 1, maknanya trafik dia dan website dia paling hebat la. Buat masa sekarang ni dah sah-sah la Google, Facebook dan Youtube yang paling top. Website biasa-biasa nak dapat top 10 ranking dunia?? Susah wooo..
CARA MUDAH TINGKATKAN ALEXA RANK
1. Install Alexa Toolbar
Cara pertama ialah Install Alexa Toolbar. Kenapa kena install toolbar? Meh aku explain. Alexa Rank akan detect trafik satu-satu blog tu dan bagi rank kat blog tu. So, Dengan meng-install toolbar ni, korang akan memudahkan Alexa untuk detect trafik yang masuk ke satu-satu blog tu. Sistem dia camni, maklumat dari pengunjung atau jumlah trafik di blog kita diambil dari Alexa Toolbar yang telah dipasang dalam web browser pengguna internet (Google Chrome, Mozilla, dsb). Jika Alexa Toolbar dipasang di web browser yang kita gunakan, Alexa akan mengenalpasti berapa banyak pengunjung dan total pageview di website atau blog kita. Setelah data dikumpulkan, maka Alexa akan secara automatik memberi ranking website atau blog kita.
Tips: Semakin ramai blogger yang install Alexa Toolbar dan visit blog korang, lebih cepat Alexa Rank korang meningkat. Oleh itu, ajak ramai-ramai install Alexa Toolbar ni. =D
2. Letakkan Alexa Traffic Widget di Blog
Satu lagi cara ialah dengan meletakkan Alexa Traffic Widget di blog kita. Ok, yang ni paling penting sekali. Kalau install alexa toolbar tu agak leceh kerana tak semua orang ada Alexa Toolbar tu, dan tak semua orang akan install benda tu kat web browser masing-masing.
So, dengan meletakkan Alexa Traffic Widget ni, korang tak perlu risau sebab bila ada widget ni kat blog korang, ia akan automatically kira total visitor, pageview dan trafik blog korang. Senang je kan.
BUKTI ALEXA WIDGET TINGKATKAN ALEXA RANK
Macam biasa, aku suka bagi bukti.. Yela, cerita panjang lebar, gempak-gempak pun nak watpe kalo tak ada bukti kan? Kat sini aku nak tunjuk kat korang yang Alexa Rank aku naik sikit lepas letak widget Alexa. Sekali lagi aku cakap yang Alexa Rank ni lagi kurang lagi bagus eh. Dia terbalik dengan Pagerank. =D
Mrdaha Alexa Rank on 25 March 2011
Mrdaha Alexa Rank on 9 April 2011
Haa.. Dari 455K kepada 415K. Erm, ok la tu kan.. Ini world rank punya statistic. Kalau dalam Malaysia blog aku berada di tempat ke-2803. Boleh klik gambar Alexa Rank kat sidebar kanan aku tu kalo nak tgk.
Ada blogger tanya aku, "Macam mana aku dapat Links in: 24" (refer pada gambar kat atas)
Seriously aku tak tahu macam mana. Nak kata blogger yang Exchange Link dengan aku bukan, nak kata total Backlink, reciprocal link, internal link, semua pun bukan. So, aku tak tahu. Takpe, nanti aku kaji. Kalau tahu camne caranya nanti aku kongsi dengan korang semua ok. =D
KESIMPULAN
Aku sendiri apply kedua-dua cara yang aku cakap kat atas tu. Rasanya agak berkesan jugak la. Alexa Rank ni macam roda. Kejap naik, kejap turun.. Dia tak tentu.. Tak macam Pagerank.
Ok, pada pendapat aku, Alexa Rank ni tak ada la penting sangat. Bagi aku Google Pagerank lebih penting. Alexa Rank ni basically all-about-traffic. So, jika trafik blog korang tinggi, maka naik la Alexa Rank korang tu nanti. Ianya sangat berbeza dengan Pagerank. Google Pagerank tidak bergantung 100% pada trafik. Ianya bergantung kepada teknik SEO, keywords, html coding dan macam-macam lagi lah. Menarik beb! =D
.
No comments:
Post a Comment