Jutawan kosmetik terkenal, Dato' Seri Vida telah memuat naik beberapa rakaman video di laman Instagramnya di mana beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Astro kerana tidak memberinya peluang bercakap atau menyebutnya namanya sebagai penaja utama dalam sidang media program realiti Gegar Vaganza musim keempat semalam.
Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Hasmiza Othman dalam kepsyennya menyatakan dia kecewa bukan kerana ketagih hendak bercakap, tetapi sebagai penaja utama yang mengeluarkan jutaan ringgit dia perlu mengetengahkan jenama produk yang didagangkannya.
Malah, usahawan kosmetik ini turut menunjukkan dia seolah mahu menangis kerana tidak berpeluang untuk mempromosikan produknya meskipun telah bersudah payah melaram untuk menghadiri sidang media tersebut.
"Satu nama pun tak sebut. Saya taulah sidang media. Ini bukan publisiti murahan tetapi betul.
"Saya dah tunggu, belum apa-apa dah buat hal. Takut saya naik buang masa peserta ke?" katanya.
Selepas sidang media itu, Datuk Vida telah meninggalkan majlis, tidak menyertai jamuan makan yang di sediakan.
Sumber: Instagram Dato Seri Vida
No comments:
Post a Comment