MANGA DRAGONBALL SUPER DALAM BAHASA MELAYU BARU DITERBITKAN!!
Cant believe this, tapi ini betul2 punya. Walaupun 2 publisher manga terbesar dlm Malaysia dah gulung tikar, tapi manga Dragonball Super dalam BM diterbitkan lagi utk sambung kisah selepas Dragonball Z. Baru keluar jilid 1 kat Malaysia.
Cuma bezanya kali ni bukan datang dari Comics House, tapi dari penerbit CH Media. CH? (C-Comics H-House?) tak tau la tapi yang pasti kualiti cetakan dia mmg sama mcm Comics House. Ada jacket utk kulit buku.
Beza terbitan kali ni dgn Comics House dulu ialah bahagian halaman sinopsis & pengenalan watak dah dibuang. direct terus ke jalan citer. & takde borang langganan mcm Comics House.
nama watak versi Malaysia, Bezita (Vegeta), Frieza (Fliza), Pikor (Piccolo) yang digunapakai Comics House dulu diteruskan lagi oleh penerbit CH Media.
Even mmg manga online dah bersepah keluar feel dia tak sama mcm baca komik fizikal so sapa2 nak rasa feel membaca era 90an dulu mmg patut beli komik fizikal.
Credit : Video Game Malaysia
P/S: Dulu selalu tunggu ayah belikan komik Dragon Ball tiap bulan ^_^
No comments:
Post a Comment