ANGGOTA POLIS MEMBAWA KELUAR MAYAT PENCUCI RUMAH SAMBILAN WARGA INDONESIA BERUSIA 40-AN YANG MAUT DIBUNUH ANAK KEPADA TUAN RUMAH KETIKA MENJALANKAN KERJA PEMBERSIHAN DI RUMAH KAMPUNG TERSUSUN TASEK, IPOH. - FOTO MUHAIZAN YAHYA
IPOH: Hasrat seorang wanita mencari rezeki tambahan dengan
mencuci rumah tidak kesampaian apabila dibunuh anak pemilik rumah yang hendak
dibersihkan, petang tadi.
Wanita warga Indonesia berusia 40-an itu dibunuh seorang
lelaki ketika sedang membersihkan rumah ibu bapa lelaki berkenaan di Kampung
Tersusun Tasek, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Suspek kemudiannya pergi ke Balai Polis Bercham dan
memaklumkan kejadian itu serta mengakui membunuh wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong,
berkata suspek berusia 34 tahun, yang juga anak pemilik rumah datang ke balai
polis itu pada jam 3.30 petang dan memaklumkan sudah membunuh seorang wanita
yang datang mencuci rumahnya serta meminta maaf atas perbuatannya itu.
"Polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan
siasatan dan menemui menemui mayat mangsa dengan kesan tetakan pada bahagian
muka serta belakang kepala.
"Tiga jari di kedua-dua tangan mangsa juga didapati
putus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Chang Keong berkata, polis menemui mayat mangsa di antara
ruang tamu dan bahagian dapur rumah berkenaan dalam keadaan tertiarap.
Polis turut menemui parang yang dipercayai digunakan suspek
dalam kejadian itu di kawasan luar rumah.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa bekerja sebagai
tukang cuci sambilan datang ke rumah berkenaan selepas dipanggil pemilik rumah
untuk kerja membersihkan rumah.
"Keluarga suspek memaklumkan suspek mempunyai sejarah
penyakit mental dan polis akan menyiasat dakwaan berkenaan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Berita Harian
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment