CARA HANTAR GAMBAR RESOLUSI TINGGI MELALUI WHATSAPP - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 2 October 2017

CARA HANTAR GAMBAR RESOLUSI TINGGI MELALUI WHATSAPP


CARA HANTAR GAMBAR RESOLUSI TINGGI MELALUI WHATSAPP


Buat pengetahuan anda semua, Malaysia merupakan negara pengguna WhatsApp tertinggi di dunia diikuti oleh Brazil dan Chile sepertimana yang telah dilaporkan dalam Digital News Report 2017.

Selain digunakan sebagai medium komunikasi peribadi, kebanyakkan daripada pengguna tempatan lebih gemar membuat urusan jual beli menggunakan aplikasi ini.

Ada juga diantara mereka-mereka yang terlibat dalam industri grafik mengalami sedikit kesukaran menghantar foto, kerana foto tersebut akan dimampatkan resolusinya menjadi kecil supaya dapat dihantar dengan pantas dan ia menyebabkan kualitinya berkurangan.

Menerusi kemaskini bulan Julai lalu, WhatsApp memperkenalkan sokongan menghantar sebarang jenis fail dengan saiz maksimum 100MB yang membolehkan pengguna menghantar fail lebih besar kepada pengguna yang lain. 

Walaupunbegitu, masih ada sesetengah daripada anda yang masih tidak tahu bagaimana menghantar foto berkualiti tinggi melalui aplikasi tersebut. Dibawah merupakan langkah mudah untuk melaksanakannya.

1.Pertama sekali klik butang “klip”

2.Pilih Document

3.Senarai fail dan gambar akan terpapar, seeloknya anda rename dahulu foto supaya senang untuk dikenalpasti.

4.Oleh kerana saiznya yang besar, paparan hanya menunjukkan jenis format sahaja dan bukan thumbnail seperti yang selalu kita lihat.


Jadi sekarang anda tidak perlu lagi merungut gambar yang dihantar tidak jelas.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot