SEORANG KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIDERA, ADA KESAN LEBAM
PADA BADAN DAN BAHAGIAN KEMALUAN TERKOYAK
Petaling Jaya - Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun lima bulan telah meninggal dunia kerana dipercayai telah didera oleh pengasuhnya di apartment di Seksyen 51A, semalam, lapor Sinar Harian.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ibu kanak-kanak berkenaan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit pada jam 1 petang sebelum itu.
Tetapi, dalam jam 2 petang, pengasuh terbabit telah menghantar mesej melalui Whatsapp mengatakan kanak-kanak itu tidak sihat dan lemah serta telah muntah-muntah.
Ketika ibu kanak-kanak berkenaan datang ke rumah pengasuh tersebut, dia mendapati anaknya tidak sedarkan diri pada jam 4 petang. Dia dengan segera menghantar anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.40 petang. Melalui siasatan awal yang dilakukan, terdapat kesan lebam pada badan mangsa, malah di bahagian kemaluan didapati cedera dan dipercayai ada kesan koyakan.
Polis akhirnya telah menahan seorang wanita dan dua lelaki di Petaling Jaya untuk siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
No comments:
Post a Comment