RAKAN KANTOI SELUDUP DADAH DALAM ROTI - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 27 March 2017

RAKAN KANTOI SELUDUP DADAH DALAM ROTI


RAKAN KANTOI SELUDUP DADAH DALAM ROTI


Tampin: Dua lelaki yang mahu melawat seorang tahanan di pusat pemulihan Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini, ditahan anggota tentera selepas didapati membawa dadah yang disembunyikan dalam bungkusan roti, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, suspek berusia 21 dan 25 tahun itu masuk ke kem berkenaan untuk melawat rakan mereka dengan membawa sebungkus roti, kira-kira jam 3 petang.

“Anggota tentera memeriksa bungkusan terbabit dan menemui dua paket dadah disyaki syabu dan pil yaba anggaran berat 5.85 gram yang diselit antara kepingan roti.

“Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gemas. Suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kedua-duanya ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1




sumber Hmetro

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot