MALAYSIA MILIKI PEMAIN SEHEBAT MESSI DI AMERIKA SYARIKAT
Peminat bola sepak negara mungkin kenal dengan pemain yang mendapat jolokan ‘Messi Kedah’ iaitu Farhan Roslan namun siapa sangka kita memiliki seorang anak muda yang telah diberi jolokan ‘Messi Amerika’?
Wan Kuzain Wan Kamal mungkin nama asing bagi arena bola sepak negara apatah lagi dia beraksi dalam kancah Liga Bola Sepak Bersatu (USL) yang merupakan liga divisyen dua di negara Uncle Sam itu.
Pemain berusia 18 tahun itu mencuri tumpuan apabila tampil dalam kesebalasan utama untuk membantu pasukannya, Swope Park Rangers, melakar kemenangan 3-1 ke atas Oklahama CIty Energy, semalam.
Wan Kuzain ketika beraksi di USL
Menyarung jersi no.75, Wan Kuzain pernah mewakili skuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat selain pernah menjalani latihan bersama Feyenoord, yang merupakan kelab gergasi di Belanda.
Meskipuun dilihat mempunyai masa depan yang cerah selain diannggap mampu bantu memperkuatkan Harimau Malaysia, pemain itu tidak pernah dihubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bagaimanapun, setelah FAM melalui perubahan menerusi perlantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden baharu badan induk bola sepak negara itu, mungkin Malaysia berpeluang menyaksikan Wan Kuzain menyarung jersi skuad kebangsaan.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment