LELAKI SEMPAT CEROBOH RUMAH PUTIH 16 MINIT - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 25 March 2017

LELAKI SEMPAT CEROBOH RUMAH PUTIH 16 MINIT


LELAKI SEMPAT CEROBOH RUMAH PUTIH 16 MINIT

WASHINGTON DC – Seorang lelaki tempatan yang nekad ceroboh pekarangan kompleks Rumah Putih di sini minggu lalu, hanya berjaya berada 16 minit di dalam kawasan sebelum ditahan.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan semalam berkata, Jonathan Tran, 26, berdepan hukuman penjara 10 tahun kerana masuk ke kawasan itu tanpa kebenaran dengan bertindak memanjat pagar.

Perkhidmatan rahsia dalam kenyataan berkata, dia melompat pagar setinggi 1.5 meter dekat Jabatan Perbendaharaan AS, yang terletak bersebelahan dengan Rumah Putih.

Dia kemudian bertindak memanjat pintu pagar setinggi 2.4 meter dan pagar rendah di bahagian sudut tenggara Sayap Timur kawasan Rumah Putih sebelum ditahan.

“Perkhidmatan Rahsia dapat mengesahkan penceroboh itu hanya memasuki kawasan Rumah Putih dalam tempoh yang singkat,” kata agensi itu.

Stesen CNN melaporkan, tindakan Tran yang berasal dari Milpitas, California itu menghidupkan penggera selepas dia melompat pagar tetapi berjaya mengelak alat penderia sebelum dapat dikesan beberapa langkah dari bangunan utama. – Reuters


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot