GURU DISERANG DUA LELAKI BERSENJATAKAN PARANG KETIKA KELUAR RUMAH - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday 14 March 2017

GURU DISERANG DUA LELAKI BERSENJATAKAN PARANG KETIKA KELUAR RUMAH


GURU DISERANG DUA LELAKI BERSENJATAKAN PARANG KETIKA KELUAR RUMAH

KAJANG, SELANGOR - Seorang guru wanita diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang menyamun rumahnya di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, kelmarin, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang sedang menutup pagar sebelum keluar ke tempat kerja dan menghantar anak-anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak, dihampiri dua lelaki yang menaiki motosikal dan membawa parang.
Menurut sumber dari Komuniti iBangi.my, suspek bertindak memecahkan tayar dan cermin kereta mangsa di bahagian pemandu sebelum melarikan beg tangan dan barang kemas yang dipakai mangsa.

"Ketika kejadian, dua anak mangsa masing-masing berusia 3 dan 10 tahun berada di dalam kereta. Namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," kata sumber.

Kejadian yang sama turut berlaku di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi apabila empat lelaki bersenjatakan parang cuba menyamun sebuah rumah di lokasi tersebut.

Empat lelaki terbabit yang menaiki dua motosikal cuba memecah masuk ke pekarangan sebuah rumah dengan bersenjatakan parang pada jam 11.10 pagi ketika anak mangsa sedang menyidai kain," kata sumber.

Tambahnya lagi, ada lima kes yang sama berlaku pada hari kejadian didalangi lima lelaki tempatan yang menunggang dua buah motosikal Yamaha LC dan 125.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot