“ARWAH SEPERTI DIBUNUH DENGAN SENGAJA, SAYA AKAN SAMAN,” –
BAPA
SUNGAI PETANI: Berikutkan kemalangan yang mengorbankan Mohamad Fandi Rosli dalam kejadian kemalangan semalam, keluarga Allahyarham dilaporkan akan menyaman pemandu Proton Gen-2 yang melawan arus berkenaan, lapor Berita Harian.
Bapa mangsa, Rosli Lin, 57 berkata, segalan keputusan yang dibuat berkenaan telah pun dipersetujui keluarganya selepas mereka merasakan pemandu Proton Gen-2 yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, perlu bertanggungjawab atas kematian anak sulungnya itu.
“Kami akui apa yang terjadi adalah suratan takdir, namun kematian anak saya perlu pembelaan dan individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman yang setimpal.”
“Kemalangan yang berlaku bukan kemalangan biasa, tetapi ia disengajakan dan kami merasakan anak kami seperti dibunuh dengan sengaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang di sini, sebentar tadi.
Menurut beliau lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pemandu lain.
“Ini kerana tindakan beliau yang memandu laju dan melawan arus bukan tindakan yang boleh dimaafkan hingga menyebabkan kematian satu-satunya anak lelaki saya,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment