AIRBUS MEMPERKENALKAN KAPSUL TERBANG POP.UP - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 12 March 2017

AIRBUS MEMPERKENALKAN KAPSUL TERBANG POP.UP


AIRBUS MEMPERKENALKAN KAPSUL TERBANG POP.UP



Geneva: Syarikat aeroangkasa Airbus melancarkan Pop.Up, sistem kenderaan modular berkonsep pelepasan sifar berelektronik penuh di Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-87, minggu lalu.

Pop.Up yang diusahakan Air bus bersama syarikat pereka dan kejuruteraan Itali, Italdesign, menyasarkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya mega.

Rancangannya untuk mewujudkan kapsul yang boleh beralih secara terus antara modul udara atau darat supaya pemandu boleh mengambil kesempatan menggunakan satu daripada kedua-dua ruang.

Malah, kapsul Pop.Up juga diharapkan dapat diintegrasikan untuk pengangkutan awam.

Pengurus Besar Mobiliti Udara Bandar Airbus, Mathias Thomsen berkata: “Menambah dimensi ketiga untuk rangkaian pengangkutan pelbagai mod akan membantu membaiki cara kehidupan dan perjalanan kita.

“Italdesign dengan rekod rekaan kenderaannya yang hebat memang rakan kongsi terbaik untuk projek unik Airbus ini.”

Kapsul itu dirancang berukuran sepanjang 2.6 meter, 1.4 meter tinggi dengan kelebaran 1.5 meter. - Agensi




No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot