6 PERKARA KUMPULAN K-POP WANITA DILARANG BUAT - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday 16 March 2017

6 PERKARA KUMPULAN K-POP WANITA DILARANG BUAT


6 PERKARA KUMPULAN K-POP WANITA DILARANG BUAT


SEPERTI semua tahu, tidak mudah untuk menjadi artis popular di negara Korea Selatan, terutama penyanyi berkumpulan.

Bakat sahaja tidak cukup untuk meraih pendapatan yang lumayan di negara tersebut.

Bagi kumpulan K-Pop wanita, Black Pink, terdapat enam syarat yang perlu mereka patuhi selepas menandatangani kontrak untuk menjadi artis.

"Enam perkara yang dilarang oleh jurulatih kami sebelum menjadi artis ialah bercinta, minum arak, memandu, berparti, merokok dan melakukan pembedahan plastik," kata anggota kumpulan itu, Jisoo dan Rose dalam sebuah temu bual bersama stesen radio MBC baru-baru ini seperti dilaporkan Allkpop.


Kumpulan yang terdiri daripada empat anggota itu dilatih di bawah YG Entertainment yang sebelum ini pernah melatih anggota kumpulan Big Bang dan 2NE1.

Menerusi label berkenaan, Black Pink meraih populariti melalui lagu hits Boombayah dan Whistle pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun jawapan yang diberikan anggota kumpulan itu membangkitkan soalan hos Kim Gu Ra. Tanyanya: "Dalam kalangan semua anggota senior dalam agensi itu, sudah pasti ada yang melakukan pembedahan plastik bukan?"

Jisoo menepis dakwaan itu dengan berkata: "Segalanya mungkin jika kita berbincang dengan agensi masing-masing."




sumber AstroAwani

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot