3 CEDERA PELAJAR TEMBAK GURU BESAR - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday 17 March 2017

3 CEDERA PELAJAR TEMBAK GURU BESAR


3 CEDERA PELAJAR TEMBAK GURU BESAR

PARIS: Sekurang-kurangnya tiga cedera selepas kejadian tembakan di sekolah tinggi di bandar kecil Grasse di selatan Perancis.

Sumber polis dan Kementerian Dalam Negeri berkata, seorang pelajar berusia 17 tahun yang membawa raifal, pistol dan bom tangan ditangkap.

"Individu itu belum dikenal pasti," kata sumber polis.

Sumber kedua berkata, kejadian membabitkan dua pelajar melepaskan tembakan ke arah guru besar, yang cedera dalam kejadian itu.



"Seorang daripada mereka ditahan dan seorang lagi melarikan diri. Keadaan panik dan pelajar berlindung di pasar raya berhampiran," kata sumber.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet, memberitahu radio France Inter, tiga cedera dalam kejadian itu dan meminta keluarga bersabar ketika polis berusaha mengawal keadaan.

Serangan berlaku ketika Perancis diletakkan dalam keadaan darurat selepas siri serangan militan sejak tahun lalu. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot