CARA BETULKAN VIRUS SHORTCUT FILE HILANG DI PENDRIVE - ADHA JAMALULAIL

Blog About Latest Issues, Great Offer And Good Deal, Blog Tips, Tricks, Tutorial, Seo Tips And Serp, Blog Monetization, Hotel And Product Review Including Advertorial, School And Learning English.

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, 28 February 2017

CARA BETULKAN VIRUS SHORTCUT FILE HILANG DI PENDRIVE



Virus shortcut membuatkan semua file anda menjadi shortcut. Virus ni dah lama. Tapi sejak kebelakangan ni muncul semula.Jadi aku nak share sikit cara untuk buang virus ni dari pendrive, pc atau laptop.

Ada dua cara untuk buang virus ni. Pertama guna command prompt (CMD) dan yg kedua guna software. Paling simple guna command prompt (CMD) je.


1. Selepas masukkan pendrive ke pc/laptop. Buka command prompt (CMD).

Tekan (Windows key + R) > Taip CMD tekan butang ENTER



2. Apabila dah buka CMD, taip kod berikut di dalam Command prompt:

attrib -h -r -s /s /d X:\*.* 

(Gantikan X dengan abjad lokasi USB anda) dan tekan Enter)

CONTOHNYA: Jika pendrive anda di G, command yang anda perlu taip adalah :

attrib -h -r -s /s /d G:\*.*


Taip seperti di atas dan tekan ENTER. Pastikan lokasi pendrive anda betul. Anda juga boleh gunakan kod ni untuk buang virus shortcut di komputer atau laptop. Gantikan X dengan C atau D.


3. Setelah selesai, buka kembali folder pendrive anda. Anda akan nampak file anda dan file-file lain yang pelik-pelik, Itulah virusnya. Jadi, COPY file anda sahaja daripada pendrive ke DESKTOP.

4. Dah siap COPY semua file, sila lah FORMAT pendrive anda tu. Lepastu COPY semula file-file dari DESKTOP masuk balik pendrive.




Cara kedua adalah melalui penggunaan software. Software USB Fix adalah software percuma yang sangat bagus. Klik sini utk download USB Fix.

Harap entry kali ni membantu anda semua.



No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot