Ok, kali ni aku nak bagi tips sikit kat para pemandu kereta di luar sana cara-cara untuk tidak mengantuk ketika driving kereta anda. Tips ni memang terbukti berkesan dan mampu mengurangkan risiko kemalangan jalanraya yang semakin berleluasa sekarang ni.
1. Bukak Tingkap Kereta Anda
Salah satu sebab anda mengantuk adalah kerana suasana atau environment di dalam kereta anda yang sungguh selesa dan nyaman membuatkan anda rasa nak tidur. So, bukak je tingkap kereta tu. Apabila anda diganggu dengan udara dari luar dan juga bau-bau yang kurang menyenangkan itu sudah pasti anda akan berasa segar sedikit. Kalau tak caya boleh try k.
2. Makan Gula-gula, Kacang or Smoking.
Ni salah satu cara nak hilangkan ngantuk. Singgah je kat mana-mana R&R or 7Eleven dan beli lah pelbagai junk food yang tak baik untuk kesihatan tu. Semua benda yang tidak sihat adalah bagus untuk menyegarkan badan anda ketika anda drive. Pilihan gula-gula wajib yang berangin seperti gula-gula hack, mentos dan sebagainya. Dan lagi satu hisap rokok. Yela, alang2 dah bukak tingkap tu ape salahnya hisap rokok sekali. Asap rokok yang merbahaya itu mampu mengejutkan badan anda dari berasa mengantuk!
3. Lumba Haram Dengan Strangers
Kalau dah ngantuk sangat ada kena guna tips ni. Nak guna tips ni pun ada syarat-syaratnya. Bukan main hentam je. Pertama sekali anda kena tetapkan tahap kelajuan kereta anda. Contoh : anda bawak kereta denga kelajuan 100km/j. Scan, locate dan identify kereta-kereta yang kelajuannya hampir sama dengan anda dan KEJAR dia ! Potong kereta itu dan maintain. Biar dia potong balik pastu korang potong dia balik. Korang main “cilok gua, gua cilok lu”. Tips ini memang berkesan. Ini kerana apabila anda bosan, anda akan berasa mengantuk. So, anggap la aktiviti potong memotong ni sebagai satu entertainment yang menyeronokkan dan anda pasti tidak akan mengantuk!
4. Karaoke Jamban Kereta
Sambil-sambil korang main potong memotong dengan kereta lain tu, korang boleh lah test vocal dengan menyanyi karaoke dan melalak dengan sepenuh jiwa dan raga korang. Tips ini boleh digunakan apabila anda mempunyai CD, Cassette atau MP3 player kat kereta korang. Kalau nak harap lagu-lagu yang keluar kat radio tu memang tak berkesan sebab korang bukan taw pun semua lagu-lagu yang keluar tu. So pilihlah CD, Cassette yang penuh dengan senarai lagu fevret korang dan karaoke non-stop sampai ke destinasi. Kompem tak ngantuk punya lah!
5. Fikir Entry Blog Korang!
Haa.. tips ni memang boleh digunapakai. Buktinya? Entry ini adalah buktinya! Aku terfikir nak buat entry ni semasa aku memandu dari Johor ke Perak. Korang ada banyak masa time memandu. So, gunakan masa sebaiknya untuk memikirkan idea-idea untuk enty baru blog atau website korang. Entry blog yang bagus adalah entry yang tersusun, teratur dan penuh dengan informasi macam entry kali ni. He3. Cubalah!
Sekian sahaja untuk entry kali ini. Harap korang dapat memanfaatkan info2 yang telah dipelajari dari entry kali ni. Pandulah kereta dengan cermat, jangan lupa orang tercayang.
No comments:
Post a Comment